Khamis, 21 Ogos 2008

Sup Kepala Arnab

Selalunya kepala arnab (yang sudah disembelih) akan dibuang sahaja. Tetapi, di restoren eksotik di salah satu wilayah di China menggunakan kepala arnab dalam masakan mereka. Kepala arnab juga dikatakan berkhasiat untuk melegakan Demam Malaria (Buku 1001 Petua Orang Lama). Jadi, pada hari ni saya memberikan resepi 'Sup Kepala Arnab'

Bahan-Bahan:
1 kepala arnab (bagi orang Islam, pastikan arnab itu sudah disembelih mengikut syara')
Garam & lada sulah secukup rasa
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 cawan air
250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar :
2.5 cm Halia
2 labu bawang merah
8 biji bawang putih

Untuk Hiasan :
Bawang Goreng
Daun bawang dicincang
Daun sup yang dicincang

Cara Memasak:

Buang kulit, bersihkan dan belah (potong) dua kepala tersebut sehingga nampak otaknya. Kemudian ketepikan. Masukkan air dalam periuk. Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit masukkan bahan yang dikisar. Goreng hingga layu. Besarkan api. Masukkan kepala arnab & bahan perasa selebihnya. Rebus sehingga rata kuningnya, kemudian kecilkan api. Masukkan air, ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga kepala arnab & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Taburkan atasnya dengan bawang goreng, daun bawang & daun sup. Boleh di minum sahaja atau makan dengan nasi. Sangat sesuai untuk mereka yang demam (malaria) dan rasa lemah badan.